Melepaskan
pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan
apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur
atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam...
Ketika
tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun
dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh
untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika
tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran
racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh
kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan
pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur,
sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses
pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi
wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney
Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis
dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and
Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus
memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12
jam sehari.
Dan
ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari
memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan
kanser payudara.
“Waktu
yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra
ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang
tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut
Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu
jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon
prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang
lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser
payudara.
Selain
itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat
juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke
payudara.
No comments:
Post a Comment