Home » Anak Rahsia Whitney Houstan

Anak Rahsia Whitney Houstan



LOS ANGELES: Anak lelaki ‘rahsia’ Whitney Houston dikatakan bakal menikmati sebahagian besar daripada kekayaan penyanyi itu tidak lama lagi.
Sumber keluarga Whitney berkata, Nick Gordon, 22, diselamatkan penyanyi itu dengan membawanya hidup di rumah sama di Atlanta, Georgia, ketika dia masih kecil.

Walaupun tidak pernah dijadikan anak angkat secara rasmi, Gordon memang mempunyai latar belakang bermasalah sebelum dilindungi Whitney.
Menurut sumber, Gordon sangat akrab dengan Whitney serta anak penyanyi itu dengan suaminya, Bobbi Kristina Brown, 18.

“Hakikatnya, Gordon seolah-olah abang kandung Bobbi,” katanya.

Sumber itu berkata, walaupun Whitney, 48, berdepan dengan pelbagai masalah kewangan dan peribadi di akhir hayatnya, penyanyi itu masih memiliki harta bernilai 20 juta (RM100 juta).

Ia semakin meningkat ekoran jualan album Whitney yang laris sejak kematiannya.

Sumber berkata, Gordon hampir pasti akan menerima sebahagian kekayaan ditinggalkan itu.
“Whitney sangat menyayangi Gordon seperti seorang ibu dengan anak kandungnya,” katanya.

Sumber itu berkata, jika nama Gordon tidak termasuk dalam wasiat ditulis Whitney, kekayaan itu akan diwarisi Bobbi.

Dalam keadaan itu, kata sumber berkenaan, Bobbi tentu akan memastikan Gordon tidak diabaikan demi Whitney,” katanya.

Pada masa sama, Gordon juga ada masalah sendiri.

Pada 2011, dia didakwa memiliki senjata api apabila cuba meleraikan pergaduhan Bobbi dengan bekas teman lelakinya. - TS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain