Lelaki Terkecil Di Dunia [2012]..terkini















KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal berusia 72 tahun diiktiraf sebagai manusia paling kerdil pernah direkodkan di dunia.
Seorang doktor dan pegawai Buku Rekod Guinness, mengambil ukuran Chandra Bahadur Dangi bagi mengesahkan ketinggiannya hanya 54.6 sentimeter.

Pegawai Guinness, Craig Glenday, menyerahkan dua sijil kepada Dangi sebagai perakuan menjadi manusia paling kerdil dan tokoh paling kecil pernah direkodkan dalam sejarah 57 tahun agensi itu.
Ditemui pemberita, Dangi berkata, dia sangat gembira dengan pengiktirafan berkenaan.

“Kini saya mahu mengembara ke seluruh Nepal dan negara luar,” katanya.

Dangi mendakwa, dia tidak bercadang berkahwin atau berkeluarga, tetapi sangat teringin bersemuka dengan Perdana Menteri Nepal, Baburam Bhattarai.

Ketika ini, Dangi tinggal di kawasan perkampungan Rhimkholi - terletak di kawasan tanah tinggi terpencil 400 kilometer dari Kathmandu - bersama adik dan keluarganya.

Semua lima adik-beradik Dangi memiliki ketinggian normal.
Dangi tidak pernah bertemu doktor dan keluarganya mendakwa, dia tidak mengalami sebarang penyakit serius atau kecederaan.

Disebabkan ketinggiannya, Dangi tidak pernah bekerja di luar rumah.

Walaupun kerdil, saiz kepala Dangi normal dan dia sering bercukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain