Home » Wanita Diseret Dan Dirogol di dalam bas[12 Mac]

Wanita Diseret Dan Dirogol di dalam bas[12 Mac]




SIBU: Seorang wanita dari Dalat  telah dibelasah,diseret,dirogol dan diliwat dalam serangan kejam di dalam sebuah bas dekat terminal bas Sibu di Palawan, pagi ini.[12 mac]

Pengalaman dahsyat yang dialami oleh mangsa yang berusia 28 tahun telah ditemui dengan berlumuran darah,alat pemedih mata dalam kemaluannya, luka di kepalanya dan kesan lebam yang teruk di lehernya.


Rakaman dari  CCTV menunjukkan bahawa wanita itu diheret oleh 4 orang lelaki ke sebuah bas sekolah terbengkalai berdekatan terminal bas sibu di palawan pada kira-kira 2 pagi.

Wanita itu memberitahu bahawa dia hanya sedar selepas menyedari dia dalam keadaan bertelanjang dan pada masa yang sama mangsa juga melihat seorang lelaki tidur bertelanjang di sebelahnya kira kira 4 pagi.Mangsa terus menjerit dan mengejutkan suspek.Mangsa sempat dicekik tapi dengan sekuat tenaga mangsa sempat melawan dengan menendang dan mencakar muka suspek.


Suspek terkejut dengan tindakan mangsa itu terus melarikan diri bersama beberapa rakan suspek yang juga tertidur dan terkejut dengan jeritan mangsa.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu terus pergi ke tempat kejadian dan menemui mangsa yang berlumuran darah dalam keadaan bertelanjang.Orang ramai terus menghubungi Pihak Polis dan Ambulans ke tempat kejadian.


Wanita itu kini dalam keadaan kritikal dan sudah menjalani satu pembedahan di Hospital Besar Sibu.





2 comments:

  1. teruk nya mesti mabuk2 tu..atau makn pil kuda patut di ajar dan di hukum seberat berat nya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..trauma seumur hidup mangsa dibuatnya...pengajaran seumur hidup harus dibalas kepada suspek2...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain