KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu seorang wanita di
Miri memulangkan wang berjumlah RM11,257.41 yang telah salah dimasukkan
ke dalam akaunnya pada 13 Julai 2010.
Pengurus Besar (Perhubungan Awam) KWSP Nik Affendi Jaafar dalam
kenyataan bertulisnya semalam berkata, berda-sarkan siasatan terperinci
pihak-nya mendapati wanita berke-naan bukan pencarum KWSP.
Wanita
berkenaan tambahnya, juga tidak mempunyai sebarang rekod menunjuk-kannya
menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk
sebarang simpanan KWSP.
“KWSP merujuk kepada laporan dikeluarkan
akhbar tempatan berbahasa Cina bertarikh 19 Mac 2012 berhubung seorang
wanita yang mendakwa KWSP meminta beliau memulangkan wang yang telah
dikre-ditkan ke dalam akaun bank-nya berjumlah RM11, 257.41.
“Berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP.
“Beliau
juga tidak mem-punyai sebarang rekod me-nunjukkannya menyumbang kepada
tabung berkenaan dengan kata lain tidak layak untuk sebarang simpanan
KWSP,” jelasnya.
Menurut Nik Affendi, wa-nita berkenaan dengan
se-ngaja memperdayakan KWSP agar mempercayai yang beliau adalah pemilik
sebenar akaun KWSP tersebut.
“Kami telah membuat pindaan kepada
butiran akaun tetapi menyedari beliau telah memberi maklumat palsu
apabila pemilik sebenar akaun (KWSP) datang untuk mengeluarkan
simpanannya setahun kemudian,” jelasnya.
Beliau menambah, pemegang
sebenar akaun KWSP itu adalah pencarum yang telah mendaftar sejak 1982
yang dipercayai turut mempunyai butiran nombor pengenalan diri yang sama
dengan wanita terbabit.
Selepas menyedari pembayaran dibuat ke
atas akaun yang salah, KWSP mengeluarkan surat kepada wanita berkenaan
meminta beliau memulangkan wang berkenaan yang bukan miliknya.
“KWSP
di sini mahu menekankan bahawa tiada alasan untuknya mengatakan dirinya
tidak bersalah dalam situasi ini kerana mengetahui yang wang itu bukan
miliknya malah tidak pernah mencarum dengan KWSP,” ujarnya.
Akhbar
tempatan berbahasa Cina itu juga melaporkan wanita berkenaan telah
membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan KWSP
yang hanya memintanya memulangkan wang itu setahun kemudian.
Menurutnya
beliau hanya mendapat surat daripada KWSP meminta memulangkan wang itu
pada 8 Disember tahun lalu dan di dalam surat itu KWSP memintanya
berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, jika tidak tindakan undang-undang
akan diambil ke atasnya.
Bagaimanapun menurutnya wang tersebut telah habis dibelanjakan.
No comments:
Post a Comment